Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netizen Mengamuk SRK Tak Diundang ke Oscar 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netizen Mengamuk SRK Tak Diundang ke Oscar 2018

Berbaki beberapa bulan lagi sebelum berlangsungnya anugerah gilang gemilang Hollywood, Oscar 2018.

Terbaru, Academy of Motion Pictures telah mengumumkan senarai nama para pengiat seni yang akan diundang ke anugerah tersebut termasuklah bintang ternama Bollywood.

Namun seperkara yang mencetus tanya tanda ramai kerana daripada ramai insan perfilman Bollywood yang diundang, nama Shahrukh Khan (SRK) tidak termasuk di dalam senarai. Kenapa?

Hal tersebut sekaligus mengundang kekecewaan netizen yang rata-rata meluahkan rasa kesal di laman sosial Twitter. Bahkan ada juga yang seolah-olah mula membuat protes di dunia maya dengan menentang keputusan Academy of Motion Pictures.

Selepas menerima banyak kritikan, Academy of Motion Pictures akhirnya menjelaskan mengapa mereka tidak memasukan nama SRK dalam senarai tetamu undangan.

Malangnya penjelasan yang dibuat oleh ketua panitia Oscar nampaknya mengundang amukan terutama dari kalangan penggemar SRK. Ini kerana, alasan yang diberikan pihak Oscar dianggap keterlaluan.

Academy menjelaskan bahwa ada syarat-syarat yang harus dipenuhi bagi seseorang pengiat seni yang diundang ke Oscar.

Justeru, alasan tersebut seolah-olah menunjukkan aktor berusia 52 tahun ini sepertinya dianggap tidak memenuhi syarat yang disebutkan Academy.

“Syarat dasarnya adalah individu itu harus mendemonstrasikan prestasi luar biasa di bidang theatrical motion pictures,” jelas Academy dalam satu pernyataan rasmi mereka seperti yang dilaporkan IndiaTimes.

Perkara tersebut sungguh mengejutkan, kerana SRK selama ini dikenalI sebagai aktor yang sangat popular dan berprestasi. Dedikasinya untuk perfileman Bollywood selayaknya mendapat pengiktirafan

Walaupun mencetuskan kontroversi, Academy of Motion Pictures lebih memilih mengundang barisan artis Bollywood lain seperti Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Priyanka Chopra, Aishwarya Rai, Deepika Padukone, dan Salman Khan untuk menghadiri Oscar tahun depan.

The post Netizen Mengamuk SRK Tak Diundang ke Oscar 2018 appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQnGOC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.