Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga Saya Semakin Bahagia – Zahnita Wilson - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga Saya Semakin Bahagia – Zahnita Wilson

Selepas sekian lama menghilangkan diri daripada dunia laman sosial, baru-baru ini model terkenal Zahnita Wilson ‘muncul’ di Instagram dengan anak ketiganya yang diberi nama Zahlia Syawal yang dilahirkan pada 23 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

Memetik laporan Utusan online, Zahnita mengakui yang hubungannya dengan suami semakin baik kini dan dia juga sangat bahagia menjadi ibu kepada tiga orang anaknya termasuk Zahrafeena Abd. Zackery, 10, dan Zasharayna, 4.

“Sebenarnya saya cuba untuk menjauhkan diri daripada laman sosial tetapi selepas melahirkan Zahlia, saya fikir ini adalah berita baik yang perlu saya kongsi dengan semua,” katanya.

Awal tahun lepas, kecoh mengenai kisah keretakan rumah tangga Zahnita Wilson dan suaminya, Abd. Zackery Ghous Abd. Ghafoor. Malah ketika itu juga Zahnita dan suami sudah dalam proses untuk bercerai.

Zahnita juga pernah membuat permohonan perceraian kali pertama pada 18 November 2013 tetapi telah menarik balik permohonan tersebut.

Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Zahnita mengakui semakin bahagia sekaligus menyifatkan jodoh yang wujud antara dia dan suaminya sangat kuat.

“Keluarga saya semakin bahagia… Alhamdulillah. Yang boleh saya kongsi tidak kira apa yang berlaku dalam hubungan saya dengan suami, memang jodoh saya dengan dia. Kehadiran Zahlia membawa makna baharu buat keluarga kami. Ini adalah permulaan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai kerjaya, Zahnita mengakui bidang peragaan tidak lagi menjadi keutamaan buat dirinya buat masa ini. Kini dia masih bekerja sebagai perunding imej dan banyak berkongsi ilmu-ilmu ini di pusat pengajian tinggi.

The post Keluarga Saya Semakin Bahagia – Zahnita Wilson appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spM85g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.