Sektor Perkhidmatan UK Sedikit Perlahan, Komponen Pekerjaan Melonjak
Indeks PMI sektor perkhidmatan UK merosot kepada 53.4 pada Jun dari 53.8 sebelum ini. Bacaan kali ini sedikit di bawah jangkaan pasaran 53.6.
Apabila dilihat dalam setiap komponen sektor perkhidmatan, kadar pertumbuhan perniagaan baru adalah yang terendah sejak sembilan bulan lalu, manakala komponen keyakinan perniagaan merekod bacaan terendah sejak Julai 2016.
Pasaran UK ketika ini masih berhati-hati dengan suasana ekonomi dan politik selepas pilihanraya umum dan rundingan Brexit.
Namun, terdapat peningkatan dalam komponen kerja yang belum disiapkan dan peningkatan komponen pekerjaan ke paras tertinggi sejak 14 bulan lalu.
Setakat hari ini kita telah melihat bacaan dalam indeks PMI sektor pembuatan dan pembinaan di bawah jangkaan pasaran dan menurut Markit data ini konsisten dengan pertumbuhan KDNK di sekitar 0.4% pada suku kedua.
Spekulasi mengatakan data yang semakin perlahan ini adalah disebabkan kehilangan keyakinan disebabkan ketidaktentuan politik di UK.
Potensi untuk Bank of England menaikkan kadar faedah dijangka berkurang walaupun pasaran pekerjaan semakin baik di negara ini.
Gbp/Usd kini bergerak stabil dan mendatar yang dapat dilihat sejak sesi dagangan Selasa.
The post Sektor Perkhidmatan UK Sedikit Perlahan, Komponen Pekerjaan Melonjak appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLttQs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment