Wanita pukul pencabul sampai mati didakwa dimahkamah, berdepan hukuman gantung sampai mati
Tiga lelaki dan seorang wanita didakwa di mahkamah majistret di sini pada Rabu di atas pembunuhan Mohammad Fisol Abu Bakar, yang maut dipukul selepas didakwa mencabul.
Mohammad Fisol, 31, telah dipukul sehingga mati selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telefon bimbit di dalam bilik air wanita di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar pada hujung bulan lalu.
Tertuduh, Farah Wahidah Abu Baker, 21; Shahrul Ikhwan Shahbani, 22; Hor Yong Wei, 23; dan Chee Woie Yong, 29, telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.
Lima suspek lain yang masih diburu, juga berdepan dengan tuduhan sama atas kejadian yang berlaku pada 28 Mei, pukul 4 petang di Plaza Sentosa, Alor Setar.
Mohammad Fisol, yang dilanda koma selepas dipukul dengan teruk, meninggal dunia dua hari kemudian di Hospital Sultanah Bahiyah.
Tuduhan itu dibaca kepada mereka di hadapan majistret Noor Hazwani Osman. Tiada rayuan yang dikemudakan tertuduh.
Yong Wei hadir bersama peguam bela Pyara Singh, manakala Chee bersama peguam bela Lim Wei Yong.
Farah dan Shahrul diwakili peguam.
Mereka telah didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Rifaie Mohamed Riyaldin.
Majistret Noor Farah telah memutuskan 25 September untuk menunggu keputusan laporan penuh bedah siasat.
Sumber: Mstar
Sumber Wanita pukul pencabul sampai mati didakwa dimahkamah, berdepan hukuman gantung sampai mati
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uJ65EE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment