Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun
Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun
Bibik kepada Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang menjadi viral kerana mencuri telah didakwa di mahkamah baru-baru ini.
Wanita berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri Aliff Syukri.
Nama sebenar pekerja Indonesia itu ialah Sundari yang berumur 40 tahun.
Walaubagaimanapun, wanita itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Bibik tersebut tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pihak Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh adalah warga asing. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Kes curi oleh orang gaji Aliff Syukri mengejutkan jutawan tersebut dan menyebabkan dia mengamuk kerana banyak hartanya yang dicuri dianggar bernilai lebih RM100 ribu.
Aliff Syukri memuatnaik beberapa video yang menajdi viral di laman media.
Sumber: Bernama
Sumber Bekas Orang Gaji Indonesia Aliff Syukri Berdepan Hukuman Penjara Maksimum 7 Tahun
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2up3xfT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment