Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arsenal tidak patut ambil penalti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arsenal tidak patut ambil penalti

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, menegur tindakan salah Danny Welbeck apabila dia sepatutnya mengembalikan bola kepada Sydney FC berbanding cuba mengambil sepakan penalti dalam aksi persahabatan pra-musim baru di Stadium ANZ, semalam.

The Gunners menang 2-0 ke atas juara Liga A itu dengan jaringan awal Per Mertesacker dan Alexandre Lacazette pada penghujung permainan menjadi pemisah.

Selepas mendahului 1-0, Arsenal dikurniakan penalti kontroversi pada babak kedua selepas bola didakwa terkena tangan Sebastian Ryall meskipun pemain itu mengadang percubaan ke arah gawang dengan belakang badannya.

Welbeck kemudian gagal melaksanakan tugas mengambil penalti itu, namun Wenger berpendapat penyerang itu sepatutnya tidak cuba menjaringkan gol kerana keputusan pengadil memberikan penalti adalah satu kesilapan.

"Kami membuat kesilapan, kami patut memberikan semula bola kepada mereka," kata Wenger kepada pemberita sejurus tamat permainan.

"Adalah sentiasa sukar bagaimana untuk mengambil tindakan yang betul. Saya berasakan kami sepatutnya menolak perlahan bola itu.

"Saya tidak pasti adakah Danny Welbeck sedar mengenainya, tetapi rakaman jelas menunjukkan ia bukan penalti.

"Saya belum bercakap dengannya lagi. Saya rasa Per telah mengarahkan supaya bola itu dikembalikan. Saya tidak pasti apa yang berlaku."



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXNQwp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.