Bonucci dikaitkan ke Milan
Pemain Itali itu didakwa telah mencapai persetujuan peribadi dengan Rossoneri, dengan kelab itu masih berbincang dengan nilai perpindahan.
Menurut laporan di Itali, Juve mahukan EUR40 juta ke atas pemain berusia 30 tahun itu, walaupun khabar angin mengatakan ia turut melibatkan pertukaran pemain, sama ada Mattia De Sciglio atau Alessio Romagnoli.
Ejen Bonucci, Alessandro Luci, enggan menafikan perjanjian berkenaan selain tidak memberi bayangan mengenai perkembangan perpindahan itu."Tidak ada sebarang jawapan ketika ini," katanya kepada Calciomercato.com.
"Kita perlu tunggu."
Perpindahan itu akan menjadi langkah yang mengejutkan oleh Milan selepas membuat pelaburan besar dalam membina sebuah skuad yang mampu kembali beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bonucci sempat dikaitkan dengan Manchester City dan Chelsea, musim lalu, dan masa depannya di Turin dalam keraguan susulan perbalahannya dengan ketua jurulatih, Massimiliano Allegri dalam perlawanan Serie A dengan Palermo, Februari lalu.
Dia diketepikan dalam aksi UCL bertemu Porto sebelum kedua-duanya menjernihkan keadaan lalu Bonucci kembali dalam skuad utama.
Semalam, Bonucci memuat naik status dalam laman sosial Instagram peribadinya, "Ayuh kembali bekerja. Sedia untuk bermula semula!" di samping sebuah gambar dengan teks warna Juventus.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upolXQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment