Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berkhidmat Tanpa Bayaran ' Bawah Meja' - Zahid Hamidi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berkhidmat Tanpa Bayaran ' Bawah Meja' - Zahid Hamidi


Pegawai, anggota dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diwajibkan menandatangani ikrar bebas rasuah bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa ada bayaran 'bawah meja'.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu juga perlu bagi memastikan semua warga di bawah KDN benar-benar bebas rasuah sama ada dari dalam atau luar.

"Komitmen ini bukan hanya retorik atau sekadar ikrar tetapi kita berazam untuk melakukan tindakan (sewajarnya) untuk memastikan amalan ini benar-benar dihayati semua pihak.

"Saya memberi tumpuan terhadap soal membanteras amalan rasuah kerana masih ada yang meletakkan Malaysia pada persepsi yang belum begitu selesa dari segi indeks amalan rasuah di peringkat antarabangsa," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Menteri Datuk Masir Kujat dan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudah melaksanakannya manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menandatanganinya ikrar berkenaan tidak lama lagi.

Pada masa sama, beliau berharap semua kementerian, jabatan dan agensi lain terutama yang berurusan secara langsung dengan rakyat dapat melakukan ikrar bebas rasuah.

Ditanya mengenai rancangan Pakatan Harapan untuk mengadakan perhimpunan pada Oktober ini, Ahmad Zahid berkata, kerajaan terbuka untuk membenarkannya, namun sebarang perhimpunan tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka perlu mematuhi syarat termasuk notis dan lokasi, kerajaan terbuka untuk mengizinkan," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyd1nX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.