Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Hanya Memburukkan Hubungan Antara Kaum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Hanya Memburukkan Hubungan Antara Kaum


Di sebuah negara seperti Malaysia yang dihuni oleh berbilang kaum dan etnik, antara perkara asas yang perlu diberikan perhatian adalah faktor kesefahaman dan tidak mengganggu sensitiviti antara kaum. Hal ini telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi dengan istilah yang sering kita fahami adalah istilah kontrak sosial.

Selama bertahun dan berdekad lamanya, perkara ini tidak pernah disentuh atau cuba diganggu oleh mana-mana pihk termasuk parti politik. Secara amnya, sejak tragedi hitam 13 Mei 1969, tidak ada walau satu kaum pun cuba mempermainkan sentimen dan sensitiviti agama dan kaum di negara. Namun, zaman mampu merubah pandangan dan pendirian seseorang.

Sejak awal tahun 2000, semasa era Reformasi yang dilancarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara tiba-tiba DAP mula memainkan peranannya yang tersendiri. Jika sebelum ini, parti berkenaan lebih menumpukan usaha untuk mengganggu undi kaum Cina, secara tiba-tiba DAP mengalihkan minat mereka kepada kaum Melayu.

Umum sedia maklum, untuk membentuk sebuah kerajaan, sesebuah parti memerlukan sokongan dari semua kaum. DAP menyedari bahawa mereka kekurangan sokongan dari kaum Melayu. Justeru, sebagai langkah mudah, mereka mula menjalinkan kerjasama dengan Anwar yang pada ketika itu dianggap seperti seorang hero.

Hari demi hari, pergerakan DAP semakin lama semakin ekstrim. Ditambah dengan kemenangan besar mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, DAP semakin hari semakin biadab apabila sudah mula mengganggu kestabilan, keharmonian dan sensitiviti kaum di negara ini.

Seolah-olah sengaja cuba menimbulkan persaan syak wasangka antara kaum, boleh dikatakan, hampir setiap ceramah mereka, mereka akan memainkan sentimen hak samarata kaum. Malah, ada diantara mereka sudah mula berani menyelar kaum Melayu sehingga ianya menimbulkan banyak ketegangan.

Tidak kurang juga, mereka menyerang MCA dengan pelbagai tuduhan. Apa yang paling sukar diterima oleh MCA apabila DAP melabelkan parti komponen utama Barisan Nasional ini sebagai hamba kepada UMNO dan Melayu. Walhal, sejak zaman Perikatan lagi, MCA, MIC adalah dia parti yang begitu komited bersama-sama UMNO untuk memerdekakan negara.

Apa yang cukup dikhuatiri adalah, rentak jahat DAP ini akan memungkinkan wujudnya ketegangan kaum seperti mana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tidak kira siapa, baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti yang membentuk Barisan Nasional tidak mahu perkara seperti ini berulang. Namun tidak bagi pembangkang terutamanya DAP.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gPLmNF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.