Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nape tiba-tiba keluar kenyataan begini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nape tiba-tiba keluar kenyataan begini?

FGV tidak terlibat dalam konspirasi terhadap Zakaria
22 JULAI 2017
KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam mana-mana konspirasi atau agenda peribadi dalam menjalankan proses siasatan dalaman ke atas Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan.

Dalam kenyataan hari ini, FGV berkata, siasatan ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan kepentingan pemegang saham.

"FGV, yang komited kepada amalan tadbir urus korporat yang baik, akan memastikan siasatan dalaman dijalankan secara adil dan saksama. Siasatan dalaman akan menumpukan kepada isu hutang Safitex,” katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun, FGV berkata terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga Pengarah FGV mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ketua Pegawai Kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman.

“Tuduhan yang menyatakan bahawa Lembaga Pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.

“Jika tuduhan ini berterusan, ia dikhuatiri boleh menyebabkan fokus FGV tergendala daripada usahanya untuk menambah baik operasi teras, menjana nilai tambah dan melaksanakan tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah kepada pemegang saham,” katanya.

Kumpulan itu berkata, setakat ini, keputusan yang telah diambil adalah membolehkan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan untuk bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan. - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulXMQe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.