Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP sahkan adakan pemilihan semula, akan dakwa ROS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP sahkan adakan pemilihan semula, akan dakwa ROS

Malaysiakini 22/7/17
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan mengadakan pemilihan baru untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelak parti itu digantung.

Ini ekoran kenyataan setiausaha penganjur kebangsaannya, Anthony Loke semalam yang berkata DAP bersedia mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu, "di bawah protes".
"BN menyerang kita dengan berkata bahawa kami takut adakan pemilihan semula.

"Tetapi kami akan adakan pemilihan semula. Kita yakin walaupun dengan senarai perwakilan 2012," China Press memetik Lim sebagai berkata di majlis makan malam pengumpulan dana malam tadi.
Menurut laporan itu, beliau berkata bahawa parti itu akan menyaman ROS berhubung tindakannya itu.

Ketika dihubungi kemudiannya, Loke mengulangi bahawa ROS mesti terlebih dahulu memutuskan butirannya sebelum parti itu mengadakan pemilihan semula.
"Kita perlu mendapatkan jawapan mereka. Mereka mesti meluluskan senarai nama perwakilan.
"Kami tidak boleh mengumumkan (tarikh) pemilihan semula kerana mereka telah menetapkan prasyarat mengenai pengesahan senarai tersebut.

"Sekarang bola di gelanggang ROS. Itulah sebabnya kita mahu mengadakan pertemuan dengan ROS untuk menjelaskan butiran tersebut, "katanya kepada Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vKTZLK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.