Syanie tidak kisah dikata ‘demand’
RAMAI yang menyangka pelakon komedi, Syanie Hisham, 43, tidak lagi berminat meneruskan kerjaya seninya selepas sekian lama tidak muncul di TV dan layar lebar.
Hakikatnya, Syanie yang cukup dikenali menerusi filem Laila Isabella dan Cinta Luar Biasa ini sentiasa mencari peluang terbaik untuk tampil dengan buah tangan terbaru.
Terkini, pelakon ini bakal muncul dalam filem Kerja Kahwin yang bakal menemui penonton tidak lama lagi selain drama Jangan Ikut Aku yang kini bersiaran di TV3.
“Sebenarnya saya tak pernah fikir nak tinggalkan dunia lakonan, cuma saya jarang muncul di TV atau filem sebab banyak tawaran kurang sesuai dengan saya.
Tambah Syanie, selepas lebih 20 tahun berlakon, dia perlu lebih bijak memilih bagi menampilkan kelainan dan tidak kisah jika ada pihak yang menganggap dia demand kerana percaya itu keputusan terbaik untuk dirinya.
“Dulu masa mula-mula berlakon, mungkinlah saya terima apa sahaja tawaran tapi tiba satu ketika saya sedar tidak boleh terus bersikap sedemikian jika saya mahu tampil dengan mutu lakonan yang lebih baik.
“Jadi saya berhenti terima tawaran yang cuba menampilkan saya dengan watak yang cuba mempersendakan fizikal saya untuk mewujudkan dialog atau lawak jenaka slapstik.
“Saya pun bukan muda lagi, jadi kurang sesuai buat aksi yang tak masuk akal terutamanya melibatkan fizikal saya semata-mata untuk buat orang ketawa,” tegasnya.
Akui Syanie, dia tidak pernah terkilan dengan situasi itu, malah percaya jika ada rezeki pasti ada tawaran yang lebih baik dan menyifatkan drama seram komedi, Jangan Ikut Aku adalah bukti dia diberi peluang membawakan watak pilihannya selama ini.
Penyambung legasi Nizarman Production
Sebenarnya, lakonan kini menjadi pilihan kedua Syanie kerana menumpukan perhatian kepada perniagaannya yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
Ketika artis lain lebih meminati perniagaan fesyen dan produk kecantikan, Syanie puas memilih perniagaan makanan kerana dapat berkongsi menu dan membuatkan pelanggan gembira.
“Alhamdulillah, sepanjang Syawal saya agak sibuk memenuhi permintaan memasak dan menyediakan makanan untuk majlis rumah terbuka banyak pihak yang kebanyakannya menyukai menu istimewa saya, nasi tomato,” katanya ketika majlis Rumah Terbuka anjuran Kelab Usahawan Artis Tanahair (Kuat) di Shah Alam Jumaat lalu.
Menurut Syanie, dia baru saja sahaja menyertai Kuat sekitar Ramadan lalu dan sangat teruja dengan pelbagai peluang ditawarkan kepada ahli-ahli yang aktif dalam perniagaan.
Ditanya apakah dia tidak berminat untuk meneruskan legasi ibunya dalam bidang penerbitan, Syanie yang juga anak kepada Ruhani Abd Rahman, pemilik produksi Nizarman Production ini, menganggap belum rezekinya berbuat demikian.
“Kalau ikutkan, memang saya nak sangat teruskan legasi ini apatah lagi saya sendiri memang aktif, malah sejak dulu turut membantu ibu menguruskan syarikat ini.
Namun, katanya, dia perlu realistik kerana persaingan terlalu sengit dan bukan sesuatu yang mudah jika tidak kena persediaan dan strategi dalam era sekarang ini.
“Walaupun Nizarman ni sebuah produksi berpengalaman, tapi kini sedang melalui zaman sukarnya apabila perlu berdepan dengan karenah trend semasa yang bertentangan dengan prinsip kami,” jelasnya lagi.
Selesa hidup solo
Berkongsi kehidupannya yang kini kembali solo selepas perkahwinan keduanya bersama Nadi Putera lebih tiga tahun lalu berakhir pada Februari, Syanie lebih positif dan dapat menumpukan perhatian untuk memajukan diri.
“Saya berkahwin kali kedua selepas 12 tahun sendiri dan semestinya berharap perkahwinan itu menjadi penawar kepada keperitan yang saya lalui sebelum itu, tapi sebaliknya terjadi,” ujarnya.
Katanya, selepas ini, dia tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh, bukan serik tetapi baginya cinta bukan lagi keutamaan buat masa ini.
The post Syanie tidak kisah dikata ‘demand’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gSsvBi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment