Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerja Kahwin imbau memori majlis perkahwinan lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerja Kahwin imbau memori majlis perkahwinan lama

SEJAK kebelakangan ini, masyarakat mula memilih mengadakan majlis perkahwinan moden termasuk persandingan di hotel, banglo yang di sewa khas atau di taman rekreasi.

Pastinya majlis perkahwinan seperti ini akan menggunakan khidmat katerer dan gaya busana juga perlu menepati fesyen terkini.

Dek kerana itu, budaya atau adat perkahwinan Melayu sudah semakin dilupakan. Atas faktor itu mendorong Wayang Padu Sdn Bhd mengambil inisiatif mengangkat semula budaya dan tradisi upacara perkahwinan Melayu.

Diarahkan oleh Dr Anwardi Jamil, filem ini dibintangi pelakon Janna Nick bersama Datuk Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Anne Abdullah, Mubarak Majid, A.R Badul, Aziz M.Osman, Syed Ali dan ramai lagi.

Biarpun baru menemui penonton di Malaysia, filem ini terlebih dahulu ditayangkan di Festival Filem Asia Capri di Itali serta One Country One Film di Perancis tahun lalu.

Kerja Kahwin mengisahkan Farah (Janna Nick) yang melangsungkan perkahwinan mengikut adat dan budaya Melayu bagi memenuhi keinginan neneknya, Mak Tok (Datuk Rosnani Jamil).

Pada pandangan penulis, filem ini mengimbau kenangan buat mereka yang pernah melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi dan adat.

Penerbit, penulis skrip dan pengarah bijak mengadunkan babak penting tentang persiapan perkahwinan bermula aktiviti merewang sehinggalah ke joget lambak tanda selesai majlis.

Pada pendapat penulis, Kerja Kahwin adalah satu naskhah yang berbaloi untuk ditonton terutamanya bagi pengantin yang mahu menghidupkan semula tradisi ini.

Filem ini mengisahkan Farah (Janna) menunaikan hasrat Mak Tok (Rosnani) untuk mengadakan majlis perkahwinannya bersama Iqbal (Syed Ali) mengikut adat dan budaya kaum Melayu di kampung.

Dalam kemeriahan itu, ada kenangan yang menyentuh perasaan Mak Tok sendiri.Apakah yang Mak Tok fikirkan? Saksikan tayangannya.

The post Kerja Kahwin imbau memori majlis perkahwinan lama appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eDB95W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.