Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Soo Wincci terbuka terima kritikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Soo Wincci terbuka terima kritikan

BAGI memberi kelainan dalam lakonan, aktres dan juga penyanyi, Dr Soo Wincci mencabar diri membawakan karakter antagonis di dalam filem Kau Yang Satu.

Memegang watak seorang model bernama Isabella, yang juga kekasih Taufik, lakonan Aaron Aziz, dia digambarkan sebagai kekasih yang tidak setia dan cuba memusnahkan rumah tangga Taufik dan Salina.

Demi menjayakan watak antagonis pertamanya, Soo Wincci sanggup menukar imej termasuk berpakaian seksi, sekali gus memperlihatkan sisi berbezanya yang selama ini sering tampil dengan imej dan lakonan yang baik.

“Saya agak segan kerana penampilan seksi, termasuk perlu buat beberapa babak menggoda. Apatah lagi ini filem Melayu pertama saya. Bimbang juga kalau ada yang kecam dan lihat lakonan saya berlebihan. Tapi penampilan saya dalam filem ini hanya memenuhi tuntutan watak dan jika ada yang kritik, saya terima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kau Yang Satu baru-baru ini.

Aktres 31 tahun ini turut meminta kebenaran isteri Aaron, Diyana Halik untuk melakonkan babak mesra dengan pelakon itu.

Tidak dinafikan, katanya ketika sesi latihan, dia sangat kekok untuk melakukan babak mesra. Tapi Aaron dan Diyana banyak membantu. Sikap sporting Diyana  menghilangkan rasa janggal itu.

Wincci berkata, percubaannya membawakan karakter antagonis ini sebagai satu permulaan dan berharap dapat membawakan watak itu atau wanita psiko yang lebih gelap pada masa akan datang.

Kau Yang Satu akan memasuki pawagam mulai 27 Julai ini.

The post Dr Soo Wincci terbuka terima kritikan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eDyZna

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.