Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Indonesia cipta tudung untuk dipakai dengan kostum anime dan Disney - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Indonesia cipta tudung untuk dipakai dengan kostum anime dan Disney

 Golongan wanita muda Islam di Asia Tenggara kini dikatakan bukan sahaja menjadikan bertudung sebagai fesyen, malah akhir-akhir ini bertukar kepada rekaan dalam bentuk kostum kreatif.

 

Wanita Indonesia cipta tudung untuk dipakai dengan kostum anime dan Disney

Wanita Indonesia cipta tudung untuk dipakai dengan kostum anime dan Disney

 

Seorang wanita, Sind Yanti berkata, dia menjadikan bentuk tudung yang dipakainya kelihatan se­perti rambut wanita untuk dipadankan dengan gaun ala Cinderalla.

“Memakai tudung tidak menjadi penghalang kepada semua perkara. Kami bebas untuk menjadi krea­tif,” ujar pereka fesyen berusia 24 tahun tersebut yang merupakan pencinta cosplay iaitu kumpulan pemakai kostum pelik.

Beliau antara kumpulan wanita muda Islam yang mengambil bahagian dalam cosplay berhijab dengan cara kreatif untuk menutup kepala sambil memakai kostum fantasi berwarna-warni.

Cosplay berhijab merupakan fenomena baharu yang semakin berkembang dalam kalangan komuniti Islam.

Fesyen Sind diinspirasikan daripada watak Disney dan karakter anime Jepun dengan rekaan tudung berseni menyerupai rambut palsu atau penutup kepala. Sind menegaskan dia masih mengekalkan tuntutan agama dalam berpakaian.

Rekaan kostum Sind bernilai antara 250,000 rupiah (RM80) hingga 500,000 rupiah (RM160).

Cosplay turut popular di negara jiran Islamnya, Malaysia apabila golongan wanita muda memakai kostum seperti adi wira, pah­lawan dan puteri fantasi dalam satu acara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara yang mengambil bahagian ialah Nursyamimi Minhalia yang memakai tudung hitam dipotong untuk membentuk seperti rambut hadapan dengan dua ikatan di kedua-dua belah rambut.

“Ia sangat mencabar. Kebiasaannya saya memilih karakter menutup seluruh badan supaya senang untuk menggayakannya dengan gaya Muslimah,” ujarnya.

Kostum berwatak yang kebiasaannya mempamerkan pakaian terdedah dan gaya rambut terperinci, telah menjadi sebahagian daripada budaya dikaitkan dengan anime dan komik.

Sind memberitahu, dia membantu untuk kekal kepada kepercayaannya sambil berhibur ketika menyertai acara cosplay.

“Jika saya buka tudung semata-mata kerana cosplay, saya akan berasa sedih. Ia seperti ada konflik dalam diri saya,” ujar Sind. – REUTERS

Sumber: Kosmo



Sumber Wanita Indonesia cipta tudung untuk dipakai dengan kostum anime dan Disney

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uL9eag

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.