Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar racun kawan kerana tak tahan dibuli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar racun kawan kerana tak tahan dibuli

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki yang meletakkan racun di dalam mi goreng rakannya di Sri Aman, Sarawak mendakwa dia berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli mangsa.

Datuk kepada pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa, mangsa rakan sekelasnya itu juga sering meminta wang dan makanan daripada cucunya.

Dipetik BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, datuk pelajar yang menjadi suspek kes itu membuat laporan di Balai Polis Sri Aman 5 petang semalam, mendakwa tindakan cucunya itu adalah tindak balas terhadap perbuatan mangsa.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek.

Menurut laporan itu, seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas, kelmarin.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

Suspek yang juga rakan sekelasnya ditahan polis pada 2.30 pagi semalam susulan laporan polis yang diterima daripada bapa mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vv4io5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.