Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang

DUA lelaki bermotosikal dipercayai ahli kongsi gelap membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, pada 3.30 pagi ini.

 

 

Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang

Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang

 

Tindakan dilakukan dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap penahanan ahli utama kumpulan kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas, baru-baru ini.

Menurut sumber-sumber, mereka pada awalnya dikesan menaiki SYM Sport Bonus dan dalam keadan mencurigakan di kawasan luar IPD itu.

Katanya, anggota di pos kawalan kemudianya cuba menghampiri mereka.

 

“Mereka yang menyedari kehadiran polis terus mencampak satu bom petrol mungkin sebagai tanda amaran buat polis sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, tindakan terbabit tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kerana berlaku di luar pagar berhampiran pos kawalan,” katanya.

Sumber berkata, pemeriksaan juga menemui kain rentang tertera mesej amaran membabitkan geng terbabit atas tindakan polis menahan beberapa anggota, termasuk ketua kumpulan.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 kanun keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah.

Selasa lalu, 62 orang dipercayai ahli kongsi gelap termasuk beberapa pemimpin kanan ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menerusi Operasi Cantas Khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Semua suspek kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber: Metro



Sumber Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uKZzR8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.