Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puteh Maimun teruja berlakon filem sulung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puteh Maimun teruja berlakon filem sulung

BUKAN tugas mudah buat pelakon baru membawa peranan utama dalam filem atau drama, lebih-lebih lagi, apabila perlu bergandingan dengan pelakon senior.

Namun demi minat dan impian menjadi pelakon versatil, sudah tentunya cabaran itu dilihat sebagai satu amanah, dalam memberikan mutu lakonan terbaik agar setara dengan p pelakon lain.

Itulah situasi yang boleh disimpulkan buat penghias ruangan Bakat Baru minggu ini, Puteh Maimun Zahrah Ismail yang merupakan teraju utama filem Hijabista Ballet yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 3 Ogos depan.

Filem pertama terbitan Persatuan Sutradara Filem Malaysia (Fdam) dan Explosive Magic Sdn. Bhd (Emagic) ini mengangkat tema keagamaan dengan mengetengahkan isu aurat wanita di dalam tarian Ballet.  

Selain Puteh Maimun, pelakon lain yang turut terlibat di dalam filem menarik ini ialah Aida Khalida, Betty Benafe dan Aman Graseka.

Bercakap perihal penglibatannya menerusi filem yang mengupas isu wanita muslimah ini dengan lebih lanjut, bintang berusia 21 tahun ini tidak dapat menyembunyikan dan terujanya apabila dipilih membintangi filem berkenaan.

Tidak hanya melihat itu sebagai satu peluang besar untuk terus melangkah penuh gaya dalam lakonan, tetapi harapan dan kepercayaan pengarah filem tersebut, Syed Zul Syed Masir benar-benar membuatkan pelakon ini terharu.

“Sudah pasti saya rasa bertuah kerana dipilih dalam Hijabista Ballet. Sudahlah saya tidak ada banyak pengalaman dalam lakonan, tapi bila diberi kepercayaan memegang watak Adele, saya anggap ia sebagai satu penghargaan,” katanya kepada Media Hiburan.

Tambahan pula, katanya, lakonan baginya adalah bidang yang sangat baru dan dia akan melakukan yang terbaik.

Maimun turut memberitahu dia  mengikuti kelas lakonan sebelum ke set penggambaran.

“Saya ada juga ada belajar soal lakonan dengan pengarah dan turut minta tip  daripada pelakon berpengalaman seperti Aman Graseka.

“Jadi ia sedikit sebanyak memberi pendedahan buat saya dalam membiasakan diri apabila berada di lokasi penggambaran filem tersebut.

“Mujurlah, sokongan yang diterima dari krew produksi dan pelakon lain sangat baik dan membuatkan saya rasa selesa untuk cuba untuk berikan yang terbaik. Apa pun, sebagai orang baru masih banyak yang perlu saya belajar dalam memperbaiki skil lakonan.

“Terima kasih buat semua yang banyak membantu, khasnya rakan pelakon dalam Hijabista Ballet,” ujar Maimun merendah diri.

Penari latar jadi heroin

Anak keempat dari lima beradik ini jujur berkongsi bagaimana dia boleh terlibat dalam lakonan.

Pada peringkat awal, katanya dia tidak pernah terfikir untuk beri komitmen penuh terhadap lakonan kerana lebih gemar menari dan menyanyi.

“Mula-mula saya hanya hadir sebagai penari latar saja. Kemudian, mereka ada tanya sama ada saya minat untuk berlakon atau tidak. Saya diuji bakat dan tak sangka, peluang itu berjaya saya rebut.

“Tapi saya ada juga tanya pada mereka. Kenapa saya sebab mesti ramai lagi pelakon baru di luar sana yang lebih besar bakatnya. Itulah yang dikatakan rezeki dan sudah tentu, bila kesempatan ini hadir, saya ambil ia sebagai suatu yang positif.

         
“Namun pada masa sama, cuba galas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin,” terang Maimun yang tidak sabar-sabar menantikan apakah respons peminat yang bakal diterimanya apabila filem itu ditayangkan kelak.

“Sudah pasti saya rasa berdebar. Apakah reaksi penonton terhadap percubaan pertama saya dalam Hijabista Ballet.

“Bagaimanapun, pada masa sama rasa teruja juga sebab kita tunggu lebih setahun untuk filem ini ditayangkan,” ujar Maimun yang menjadikan pelakon Hollywood, Julia Roberts.

“Saya cukup minat dengan lakonannya, misalnya filem Nothing Hill. Malah sebelum masuk di set Hijabista Ballet, saya juga ada tonton beberapa filem lakonan Julia Roberts sebagai sumber rujukan dan inspirasi,” akhiri Maimun yang turut mengakui mahu lebih serius profesionnya sebagai pelakon selepas ini.

The post Puteh Maimun teruja berlakon filem sulung appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyFBtF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.