Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Diri Ini Dah Dimiliki, Cuma Belum Bertunang Lagi” – Sufi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Diri Ini Dah Dimiliki, Cuma Belum Bertunang Lagi” – Sufi

“Diri Ini Dah Dimiliki, Cuma Belum Bertunang Lagi” – Sufi

Sufi dikatakan bakal bertunang tahun hadapan. (Gambar: Instagram @sufierashid)

Spekulasi yang membabitkan juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid kononnya akan melangsungkan pertunangan dengan seorang pramugari bernama Ain mula bertebaran saat ini.

Penyanyi kelahiran Singapura itu dikhabarkan akan mengadakan majlis pertunangannya pada 28 Januari 2018 dengan wanita yang dikenalinya sejak setahun itu.

Menjawab persoalan itu kepada Rojak Daily Kaw! Sufi yang semakin meledak dengan lagu Aku Sanggup itu berkongsi sedikit cebisan hatinya.

Cerita bertunang belum sah lagi.

"Iya memang saya tak kisah berkongsi dengan semua orang yang diri ini sudah dimiliki. Cuma kalau ditanya bab akan bertunang itu, cerita itu belum sah lagi.

"Saya hanya minta semua doakan yang terbaik untuk kami jika ada jodoh, Insya-Allah.

"Ikutkan sebelum ini sudah beberapa kali keluar cerita saya nak bertunang. Tapi belum ada kesudahan yang pasti. Kali ini kalau benar ada jodoh saya pasti gembira," katanya.

Hal peribadi perlu sumber dari dirinya sendiri.

Menurut Sufi, dalam soal peribadi, sebaiknya pendedahan atau pengakuan itu datang daripada mulutnya sendiri dan bukan daripada orang lain.

"Dan sekalipun pada masa mendatang andai saya ditakdirkan bertunang, kisah itu tak perlulah ibu atau kawan saya yang khabarkan.

"Benda baik seumpama itu, pasti saya akan kongsi dengan teman media dan memaklumkannya di laman sosial seperti di Instagram atau Facebook," katanya.

Tidak mahu keruhkan keadaan dengan ibu.

Mengenai kekasih hatinya itu, Sufi amat menyenangi kehadiran wanita istimewa berkenaan. Ain menurut Sufi berasal dari Malaysia namun bertugas di Singapura.

Sementara itu, ketika diaju pertanyaan mengenai perselisihan faham dengan ibunya, Irma Suriana Mahamud, yang dikatakan masih berlarutan hingga sekarang, Sufi tidak mahu memberikan ulasan yang mungkin mengeruhkan lagi hubungan antara mereka.

Biar diri sendiri mengumumkannya.

Beberapa hari lalu, ibunya memuat naik status di laman sosial beliau yang membayangkan hubungan antara mereka masih lagi tidak menemui titik perdamaian.

Malah ibunya turut berkongsi mengenai ceritanya dengan kekasih.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugmqUX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.