Hi! Welcome Back and Stay Tune! DOA YANG DIAJAR NABI KEPADA ANAS BIN MALIK SEHINGGA MENJADI KAYA RAYA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DOA YANG DIAJAR NABI KEPADA ANAS BIN MALIK SEHINGGA MENJADI KAYA RAYA


Bolehkan ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?

Anas bin Malik bin Nadhr Al-Anshari Al-Khazraji adalah seorang shahabat nabi yang memiliki harta banyak dan berumur panjang. Ketika Rasulullah Salallahu’ Alaihi Wasallam hijrah, Anas masih sangat kecil, berusia sepuluh tahun. Sejak kecil ia menjadi pelayan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam selama kurang lebih sepuluh tahun.

Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.” Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa ia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam!”

Rasulullah berdoa:

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

“Allahumma Aktsir Malahu Wa waladahu wa baarik lahu Fiima Rozaqtahu.” Maksudnya : “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik : Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.”

Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai anak seramai 120 orang, umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.

Abul ‘Aliyah Ar-Rayahi (tabi’in) berkata: “Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.” (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)

Sumber:Kemarahanpaklong.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eJOKc2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.