Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beradik yang dijangkiti rabies diisytiharkan meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beradik yang dijangkiti rabies diisytiharkan meninggal dunia

KUCHING: Dua beradik malang yang dijangkiti rabies diisytiharkan mati pada jam 1.43 dan 1.46 petang tadi.

Dua beradik tersebut yang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak setelah otak mereka gagal berfungsi.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia 4 dan perempuan berusia 6 tahun itu kemudian bersetuju agar alat sokongan mereka ditanggalkan.

Kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di Serian, Sarawak.

Tinjauan di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar tadi mendapati mayat kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Jackson tiba sekitar jam 3.30 petang, manakala kakaknya, Monica 4.13 petang.

Mayat kedua-duanya dituntut keluarga sekitar 4.40 petang tadi.

Pihak media bagaimanapun ditegah untuk mengambil gambar dan visual.

Sementara itu, keadaan seorang lagi kanak-kanak dari Kampung Lebur, Gedong masih kritikal, dan tiada perubahan.

Kui Hian memberitahu, sebanyak 11 pasukan petugas kesihatan masih aktif melakukan pemantauan dari rumah ke rumah di kawasan terlibat.

Setakat petang ini, sebanyak 19 kampung, 2,098 rumah dan 6,094 individu telah diperiksa.

Senak 1 April lalu, sejumlah 68 kes serangan anjing telah direkodkan di seluruh daerah Serian. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEmrBI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.