Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR Ubah Dakyah Bimbang Rakyat Semakin Celik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR Ubah Dakyah Bimbang Rakyat Semakin Celik


KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini mengemukakan dakyah yang berbeza mengenai tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman sivil keatas 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Jika sebelum ini pembangkang dan ‘cybertroopernya’ ghairah menyebarkan dakyah kononnya 1MDB berhadapan dengan pendakwaan di AS, hari ini mereka membuat pusingan U iaitu AS tidak semestinya mengemukakan dakwaan keatas 1MDB.

Ia berikutan perkembangan mutakhir menyaksikan rakyat Malaysia semakin sangsi terhadap agenda sebenar DoJ membuat pengumuman mengenai isu 1MDB sebanyak tiga kali sejak 20 Julai tahun lalu, namun tiada dakwaan dibuat di mahkamah hingga kini.

Lebih menimbulkan keraguan rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam, DoJ hanya membuat pengumuman mengenai 1MDB yang memberi imej buruk kepada kerajaan Malaysia menjelang perayaan terbesar umat Islam Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan bagi mempertahankan dakwaan DoJ mendakwa kononnya saman sivil DoJ keatas 1MDB cuma bertujuan menyita aset syarikat berkenaan.

“Tindakan penyitaan ini tidak semestinya menyebabkan pemilik harta tersebut didakwa (di mahkamah), paling utama ialah harta-harta yang diperoleh secara haram akan disita oleh kerajaan AS di bawah undang-undang tertentu,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang Penting Imej Malaysia Buruk?

Syed Ibrahim berkata, perkara yang penting dalam dakwaan DoJ adalah ia telah memberikan kesan yang sangat besar dan boleh dianggap sebagai skandal terbesar di abad ini.

Kata beliau, dakwaan DoJ itu juga telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang tidak lekang menceritakannya meskipun di hari lebaran sewaktu kunjung-mengunjung sanak saudara dan teman.

DoJ Mahu Lindungi Rakyat Malaysia?

Syed Ibrahim seterusnya mendakwa DoJ membuat kenyataan berhubung 1MDB bagi melindungi kewangan AS dan menggunakan aset yang dirampas untuk mengembalikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Beliau turut mengakui telah ditemuramah oleh Al-Jazeera dan memberitahu kepada media antarabangsa itu bahawa dana rakyat Malaysia telah diseleweng dalam isu 1MDB.

“Langkah yang sewajarnya diambil ialah membersihkan nama negara dan mengambil tindakan pro-aktif menyelesaikan kemelut 1MDB,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMDH8v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.