Hi! Welcome Back and Stay Tune! PMI Sektor Pembinaan UK Meleset Daripada Jangkaan, Tekanan Inflasi Berterusan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PMI Sektor Pembinaan UK Meleset Daripada Jangkaan, Tekanan Inflasi Berterusan

PMI sektor pembinaan UK merosot kepada 54.8 pada Jun dari 56.0 sebelum ini dan juga meleset dari jangkaan pasaran 55.

Momentum pertumbuhan semakin perlahan dalam semua komponen sektor pembinaan pada Jun. Komponen perumahan penduduk meningkat lebih banyak berbanding komponen bangunan komersil pada tempoh sama. Bacaan dalam sektor perumahan merupakan kedua tertinggi sejak Disember 2015.

Terdapat laporan penangguhan dalam perniagaan baru berikutan ketidaktentuan ekonomi dan politik. Keyakinan dalam perniagaan juga merosot ke paras terendah 2017.

Di sebalik kemerosotan itu, komponen pekerjaan terus mengukuh walaupun pertumbuhannya semakin perlahan. Bukti juga menunjukkan kekurangan dalam buruh berkemahiran dalam sektor pembinaan UK.

Walaubagaimanapun, tekanan inflasi masih berterusan dengan inflasi secara keseluruhan berada di paras tertinggi tiga bulan.

Melihat kepada sektor pembinaan, Bank of England (BoE) dilihat masih terhalang untuk menaikkan kadar faedah walaupun komen hawkish bank pusat minggu lalu menunjukkan potensi pengetatan polisi beberapa bulan akan datang. Pasaran ketika ini kurang yakin dengan pengetatan polisi berikutan trend perbelanjaan pengguna yang perlahan.

Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan dan ketika ini Gbp/Usd susut dari 1.2958 kepada 1.2925 setakat pukul 5.45 p.m.

The post PMI Sektor Pembinaan UK Meleset Daripada Jangkaan, Tekanan Inflasi Berterusan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBQ2fj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.