Farah Lee dedah pujuk Ally Iskandar macam orang tak ada maruah
Farah Lee nama yang tidak asing di sosial media. Bermula dengan blog, namanya makin dikenali apabila berkahwin dengan pengacara TV terkenal, Ally Iskandar pada tahun 2012.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Maream. Namun, mahligai cinta yang dibina tidak kekal lama apabila mereka berpisah Ogos tahun lalu. Dan berita ini mengejutkan orang ramai.
Terbaru, Farah Lee memuatnaik status di laman Instagramnya. Status tersebut adalah perkongsian peribadi saat dia diceraikan bekas suami. Di mana Farah Lee merasakan dia tidak memberikan usaha yang terbaik untuk menyelamatkan rumahtangganya. Sampaikan kedua ibu bapa dia cakap kenapa nak terhegeh-hegeh lagi.
Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot
Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk failkan cerai, untuk berfikir sekali lagi.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. Aku percaya, dia nekad menceraikan mungkin dia rasa telah habis usaha dari pihaknya. Tapi aku masih rasa bertanggungjawab untuk pertahankan, tambahan kami ada Maream. — *I believed he had done his best. And that was his time to tawakkul so he lafaz talak.
But for me, I masih rasa belum did my best so that was why I still make effort (tambah * sikit since ada yang kata post ni untuk menyalahkan daddy Maream. Actually dah tulis in details tapi ringkaskan balik since kat IG dah maximum words tulis ).
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan
Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat Tapi ia janji dengan Tuhan yang perlu aku tunaikan.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita
Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.Love,
F. L. #FLwrites #ommabebelSumber; FB Farah Lee
The post Farah Lee dedah pujuk Ally Iskandar macam orang tak ada maruah appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tloRTe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment