“Saya hanya buat pembedahan plastik sebanyak 2 kali, bukan 4” – Miyyo KPOP
PETALING JAYA: “Dahlah muka buruk, hitam, banyak jerawat, hodoh.”
Kata-kata tersebut sentiasa terngiang-ngiang di telinga, Amirul Rizwan Musa, lelaki berwajah anime yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Jelas jejak berusia 21 tahun itu, kritikan tersebut mendorongnya untuk mengubah wajah persis artis KPop yang menjadi kegilaan gadis di luar sana.
“Saya sudah serik dibuli kerana wajah dipenuhi jerawat yang agak teruk. Nak tengok cermin pun malu. Jadi saya berjanji pada diri saya, saya mahu nampak cantik seperti artis Kpop.
“Saya buat pembedahan plastik sebanyak dua kali. Kali pertama saya buat pada 2014 selepas tamat Tingkatan 5. Lepas tu saya buat final touch up (sentuhan akhir) pada tahun lalu, buang sedikit kulit di hidung dan dagu seperti yang anda lihat sekarang,” katanya kepada mStar Online.
Amirul Rizwan atau lebih mesra disapa sebagai Miyyo Rizone berkata pembedahan itu dilakukan demi meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan hatinya yang sering tertekan kerana diejek ekoran wajahnya yang hodoh.
“Ya saya akui dulu saya memang buruk, gelap, hitam dan ada jerawat teruk. Tapi sekarang saya berpuas hati dengan wajah saya terutamanya selepas pembedahan plastik kali kedua,” katanya.
Miyyo yang juga pengasas produk kecantikan dari Ketereh, Kelantan menegaskan dia hanya melakukan pembedahan di wajah sebanyak dua kali dengan membelanjakan sebanyak RM150,000 di luar negara.
“Apa yang diviralkan bahawa saya buat empat pembedahan di wajah adalah tidak benar. Saya hanya lakukan dua pembedahan sahaja. Walaupun proses untuk nampak cantik amat menyakitkan saya beranikan diri untuk terima risiko di kemudian hari,” katanya.
Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata wang yang dibelanjakan untuk dua pembedahan tersebut diperoleh hasil berniaga produk kecantikan dan juga kerjaya sebagai model sambilan serta jurusolek.
Ditanya sama ada dia akan melakukan pembedahan pada masa akan datang, Miyyo berkata dia sudah berpuas hati dengan wajahnya ketika ini.
Namun, Miyyo bersyukur kerana keluarga banyak memberi sokongan kepada dirinya di saat dia dikecam hebat.
“Ibu bapa saya memang tak benarkan saya lakukan pembedahan di wajah. Walaupun mereka tak nak anak mereka jadi macam ini, tapi Alhamdulillah mereka tetap memberi sokongan kepada diri saya,” kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.
Sumber :
– www.mstar.com.my
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smvTWD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment