Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan viral kerana hidup daif ditahan positif dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan viral kerana hidup daif ditahan positif dadah

Pasangan dari Kampung Huma di Tanjung Dawai, dekat sini, yang menjadi tumpuan selepas kisah mereka yang didakwa hidup daif menjadi viral di laman sosial, ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pagi ini.

Lelaki berusia 31 tahun dan isterinya, 21, ditahan selepas mereka disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Ujian itu dilakukan ketika pondok didiami pasangan berkenaan bersama anak perempuan mereka yang berusia dua tahun di kawasan kolam udang tinggal itu dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain, susulan maklumat yang tersebar melalui laman sosial.

Yang turut serta, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Tajul Urus ketika ditemui berkata, semakan lanjut dilakukan mengesahkan wanita berusia 21 tahun itu baharu dibebaskan daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Bachok, Kelantan, bulan lalu.

“Amat menyedihkan apabila ujian saringan dilakukan mengesahkan dia masih di bawah pengaruh dadah.

“Pasangan itu juga mengaku sudah berkahwin, namun gagal mengemukakan dokumen untuk mengesahkan perkara itu.

“Mereka kemudian dibawa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk pengesahan status sebelum diserahkan kepada pihak ADK untuk tindakan lanjut.

“Anak mereka diserahkan kepada JKM untuk ditentukan status penjagaan,” katanya.

Kisah pasangan daif berkenaan yang didakwa terabai itu, tersebar melalui media sosial sehingga mencetus pelbagai komen negatif, termasuk menuduh pemimpin setempat ‘tutup mata’ dan tidak prihatin dengan nasib menimpa rakyat.

Tajul Urus pada masa sama menghargai keprihatinan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga berkenaan, namun diharap dapat menyemak status mereka terlebih dahulu dengan pemimpin setempat bagi mengelak timbul sebarang masalah.

“Dalam kes ini, lelaki terbabit menerima bantuan nelayan RM300 sebulan, namun kita bimbang jika sumbangan disalurkan orang ramai disalahgunakannya untuk tujuan salah, termasuk mungkin membeli dadah,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Pasangan viral kerana hidup daif ditahan positif dadah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukSq7D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.