Microsoft Akan Memberi Peringatan Untuk Menaiktaraf Sistem Operasi Windows 10 Pada Creators Update Kelak
Jika anda masih sedang menggunakan sistem operasi Windows 10 yang lama (versi 1507), pihak Microsoft akan menjadi lebih agresif apabila ia memintak anda menaiktarafkan sistem operasi tersebut ke versi yang lebih baharu.
Ini adalah kerana serangan-serangan perisian hasad yang semakin meningkat kebelakangan ini, terutamanya Wanna Cry dan juga Petya. Walaupun serangan-serangan ini membabitkan beratus-ribu orang sekeliling dunia, masih banyak lagi komputer yang tidak mengemaskini sistem operasi tersebut untuk melindungi diri mereka daripada serangan-serangan ini.
Microsoft kini membenarkan pengguna-pengguna sistem operasi untuk menangguhkan penaiktarafan dan kemaskini Windows 10 sebanyak lima kali, dan selain dari itu, mereka juga boleh memilih waktu kemaskini tersebut supaya ianya tidak mengacau waktu bekerja ataupun istirehat pengguna.
Selain dari itu, pihak Microsoft juga menyatakan bahawa sistem operasi asal Windows 10 tersebut akan tamat sokongannya apabila kemaskini Fall Creators Update hadir untuk dimuat-turun, dan kami pasti ini adalah untuk memastikan semua pengguna-pengguna sistem operasi Microsoft tersebut selamat daripada serangan perisian hasad sebaik yang mungkin.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smgEwA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment