Tiket Konsert Seventeen di KL Mula Dijual Jumaat Ini
Selepas kejayaan konsert jelajah seluruh Asia Pasifik tahun lalu, kumpulan sensasi Korea, Seventeen akan kembali lagi dengan konsert jelajah tahun ini atas nama konsert 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge”.
Pada konsert jelajah kali ini, kumpulan yang cukup popular menerusi lagu Pretty U dan Very Nice ini turut singgah di Kuala Lumpur dan akan melangsungkan konsert di Stadium Negara pada 9 September 2017, jam 7.30 malam.
..
Dengan daya tarikan yang tidak terhad dan pelbagai susunan dan koreografi yang dihasilkan sendiri oleh 13 anggotanya, peminat dijamin akan mengalami pengalaman yang menyeronokkan sepanjang konsert.
Mula debut pada tahun 2015, Seventeen terdiri daripada 13 anggota yang mana masing-masing dengan kelebihan tersendiri dan mereka yang terbahagi kepada tiga sub-unit iaitu ‘Unit Hip-Hop’, ‘Unit Vokal’, dan ‘Unit Tarian’. Kumpulan ini juga dikenali dengan nama samaran, ‘self-producing idol’ kerana semua anggota terlibat dalam penghasilan album dan koreagrafi mereka sendiri sejak debut.
Terdahulu, Seventeen telah mengadakan sebanyak 6 kali konsert di Jepun atas nama ’17 Japan Concert: Say The Name #Seventeen’. Konsert tersebut menarik perhatian seramai 50,000 penonton walaupun ketika itu kumpulan ini belum lagi melancarkan album debut versi Jepun.
Terbaharu, Seventeen tampil dengan EP yang berjaya mengutip sebanyak lebih 190,000 unit jualan dalam tempoh satu minggu sekaligus tersenarai dalam Top 10 carta sebagai Album Paling Laris dalam masa seminggu.
Kumpulan ini dijadualkan akan mengadakan konsert jelajah dunia 2017 SEVENTEEN 1st WORLD TOUR “DIAMOND EDGE” di 13 buat negara termasuk di Amerika Utara.
Bagi konsert di Kuala Lumpur, ‘2017 Seventeen 1st World Tour ‘Diamond Edge’ in KL, tiket-tiket akan mula dijual pada 9 Julai (Ahad) tingkat 1 pintu masuk Boulevard, pusat membeli belah Cheras Sunway Velocity, bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang.
Setiap individu boleh membeli sebanyak empat keping tiket dan setiap satu tiket akan disertakan dengan poster (selagi stok masih ada). Pembelian menerusi talian juga akan bermula pada hari yang sama bermula jam 4 petang menerusi laman sesawang TicketCharge (http://ift.tt/1bNLODv).
Ticket-tiket mula dijual di outlet pada 10 July (Isnin) dan peminat boleh membeli tiket di pejabat TicketCharge, outlet Speedy video terpilih, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter informasi Pusat membeli belah The Mines, 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Pulau Pinang) atau hubungi talian hot TicketCharge 03-92228811.
Harga Tiket seperti berikut :
⦁ Rock zone – RM530 (free standing)
⦁ V.I.P – RM510 (numbered seat)
⦁ Cat 1 – RM410 (numbered seat)
⦁ Cat 2 – RM310 (free seating)
⦁ Cat 3 – RM210 (free seating)
** Semua tiket dengan harga eksklusif 6% GST tetapi termasuk RM4 bayaran proses.
..
Kelebihan Untuk Peminat :
Kepada peminat yang membeli tiket untuk rock zone atau VIP berpeluang memenangi pass sound check (300 paxs) atau berpeluang bergambar (group photo) menerusi cabutan bertuah. Maklumat lanjut, layari Facebook IME Asia @IME_Asia on Instagram, @IMEProduction (Twitter) atau @IMEProductions (WeChat).
The post Tiket Konsert Seventeen di KL Mula Dijual Jumaat Ini appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIG1sa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment