Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Ini Geng Longkai Punya Kerja Ni' - Netizen Marah Sikap Individu Pentingkan Duit Sanggup Gadai Nyawa Orang Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Ini Geng Longkai Punya Kerja Ni' - Netizen Marah Sikap Individu Pentingkan Duit Sanggup Gadai Nyawa Orang Lain


Kita semua kalau boleh tidak mahu terlibat dalam kemalangan kerana banyak perkara yang perlu dilakukan. Namun, malang tidak berbau walaupun kita telah berhati-hati memandu. Selalunya ianya disebabkan oleh orang lain. 

Seorang netizen Bala MK memuat naik beberapa keping gambar kemalangan di Facebook dan menasihati pengguna yang menggunakan Lebuhraya Karak supaya berhati-hati kerana kemalangan tersebut dipercayai satu taktik untuk menipu pengguna jalanraya. 

Beberapa individu tidak bertanggungjawab dengan sengaja menumpahkan minyak di atas jalan supaya kereta yang melalui jalan tersebut akan hilang kawalan di selekoh dan menyebabkan kemalangan. 


Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi beliau, lebih kurang empat buah kenderaan terlibat dalam taktik penipuan tersebut. Kebanyakan mereeka hilang kawalan di selekoh dan melanggar pembahagi jalan. 


Satu bekas turut dijumpai di lokasi kejadian dan rata-rata netizen mempercayai bekas tersebut ditinggalkan oleh individu yang meletakkan minyak di atas jalan tersebut. Selepas status tersebut menjadi viral, seorang netizen juga berkongsi pengalaman yang sama. 

Rata-rata netizen mengesyaki terdapat segelintir geng lori tunda yang menumpahkan minyak di jalan dan menunggu kerana apabila kemalangan berlaku lori tunda ini tidak sampai lima minit sudah tiba di tempat kejadian. 


Untuk pengguna lebuhraya, perlahankan kenderaan anda apabila melalui selekoh kerana kita tidak tahu apa yang berada di atas jalanraya kerana ada saja orang yang mahu mengambil untung di atas kesusahan orang lain. Diharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang terbabit. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tl2D3K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.