Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Mentah Sedikit Meleset Pada Sesi Dagangan Selasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Mentah Sedikit Meleset Pada Sesi Dagangan Selasa

Harga minyak mentah meleset sedikit pada Selasa sekaligus menghalang kenaikan lapan hari berturut-turut berikutan isyarat kenaikan pengeluaran berterusan di US.

Minyak Brent (Brent-oil) ketika ini susut 0.40% kepada $49.48 setong setakat pukul 6.52 pm. Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) pula didagang lebih rendah 16 sen kepada $46.91 setong.

Minyak mentah kini mengukuh 12 peratus selepas mencapai paras terendah minggu lalu. Kebanyakan pedagang menutup posisi sempena hari kemerdekaan Amerika Syarikat pada Selasa.

Harga minyak mentah jatuh berterusan sejak lewat Mei sehingga penghujung Jun berikutan prestasi positif pengeluaran dari US dan juga keraguan kepada usaha pemotongan OPEC untuk mengimbangi pasaran.

Walaubagaimanapun, sentimen beralih kepada kenaikan, apabila data-data minyak mentah menunjukkan kejatuhan pengeluaran di Amerika Syarikat dan juga kemelesetan dalam jumlah pelantar bagi pengeluaran baru.

Harga  global terus meningkat sejak beberapa hari lepas walaupun terdapat bukti pengeluaran OPEC yang mencapai paras tertinggi 32.72 juta sehari pada Jun, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Usaha pemotongan oleh OPEC untuk mengimbangi pasaran terhalang oleh peningkatan pengeluaran dari Libya dan Nigeria, yang dikecualikan daripada perjanjian pemotongan.

Kini Libya mengeluarkan 1 juta tong minyak sehari yang tertinggi sejak empat tahun lalu.

“Kami melihat pemulihan minyak mentah pada separuh kedua 2017 dari paras semasa, dengan pemotongan  pengeluaran oleh OPEC, dan penawaran yang semakin perlahan di tahap global,” kata penyelidik di BMI.

BMI menjangka Brent-oil akan bergerak dalam purata $54 setong pada separuh kedua 2017 dan $55 pada 2018.

Manakala untuk minyak WTI, mereka menjangka ia akan bergerak dalam purata $51 pada separuh kedua 2017 dan $52 tahun depan.

The post Harga Minyak Mentah Sedikit Meleset Pada Sesi Dagangan Selasa appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sHQvrM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.