Hi! Welcome Back and Stay Tune! FELDA : Dari Lurah Bilut Ke Persada Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FELDA : Dari Lurah Bilut Ke Persada Dunia




Melalui Ordinan Kemajuan Tanah 1956, FELDA ditubuhkan di tahun 1956, dengan penerokaan pertama di Rancangan Lurah Bilut, dimulakan pada tahun 1958.


Mereka bermula dengan 28 orang sahaja selaku kumpulan peneroka pertama FELDA, sebelum berkembang selepas itu di Rancangan Taib Andak (sawit) Sistem Pengurusan FELDA pada tahun 1961.


Idea hebat Tun Abdul Razak Hussein pada ketika itu amat jelas dan tidak goyah - dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.


FELDA atau nama asalnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan berfungsi untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.


Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya.


Dalam menyahut langkah cabaran dari pihak kerajaan agar berdiri sendiri, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).


Dengan iltizam dan kerja keras warga FELDA, setelah 10 tahun berdiri sendiri iaitu pada tahun 2000, segala pinjaman dari Bank Dunia dan Kerajaan Persekutuan telah berjaya dilangsaikan.


10 tahun selepas itu pula, pada tahun 2010, FELDA telah berjaya menjadi organisasi pekebun kecil yang pertama di dunia yang memperoleh Pensijilan Lestari Meja Bulat Kelapa Sawit (RSPO). Di tahun yang sama juga, FELDA telah mula menggorak langkah untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap Generasi Baharu yang bakal menjadi penyambung legasi kecemerlangan FELDA itu sendiri.


Hasilnya, pada tahun 2011, lahirlah Kumpulan Pertama Generasi Baru FELDA untuk Perlesenan Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (LAME). Suatu kejayaan baharu buat perjalanan hidup FELDA.


Bagi memantapkan perjalanan organisasi dan membentuk sebuah mercu tanda kecemerlangan untuk kebanggaan semua, maka pada tahun 7 Julai 2012 terciptalah sejarah pembukaan rasmi bangunan baru 50 tingkat – Menara FELDA yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.


Ini bukan sahaja menjadi mercu kebanggaan buat para peneroka dan anak-anak mereka, malah ia juga sebagai sebuah lambang kestabilan untuk para pelabur serta peniaga yang berurusan dengan entiti korporat milik FELDA.


Sesungguhnya, bermula tahun 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi memandang ke belakang. FELDA melalui proses globalisasinya yang tersendiri. Perancangan seperti Pembangunan Usahawan Global, Rangkaian Maklumat Agro Global, Transmigrasi Ekonomi Global dan Program Pembelajaran Transformasi telah dicakna dengan hebat.


Kini produk Felda D'Saji sudah berada di Mekah dan Jeddah. Felda ada pasukan bolasepak dan stadium sendiri. Felda ada MRSM yang termoden dan terbesar di Felda Trolak bernilai RM123 juta.
Bagi Najib, ketika fajar tahun 2020 menjelma, maka FELDA pada ketika itu harus sudah berada di suatu tahap berbeza iaitu FELDA di peringkat global.


Oleh yang demikian, empat pengkhususan utama digerakkan iaitu Penempatan Global FELDA, Pusat Pembuatan Global FELDA, Rangkaian Maklumat Ekonomi Global dan Pinjaman Pendapatan Global Melalui Sukan. Semuanya ini bagi meletakkan FELDA ke suatu tahap lebih besar di peringkat global di tahun 2056.


Sesungguhnya, cerita mengenai FELDA ini amat perlu diketahui bukan sahaja oleh peneroka Felda tetapi semua lapisan masyarakat di negara kita.


Walaupun tidak terlibat langsung sebagai keluarga peneroka, namun cerita disebalik kewujudan dan kejayaan FELDA ini sebenarnya membuatkan kita semua berasa bangga.


Bayangkan, hanya bermula dari hutan tebal Lurah Bilut, kini FELDA sudah mula meletakkan namanya itu ke persada antarabangsa. Mari bersama sama ke Putrajaya pada 21 hingga 23 Julai ini bagi menyaksikan sendiri kejayaan kejayaan membanggakan Felda ini.




#EkspresiFeldaNegarakuMalaysia
#HariPenerokaFelda2017






Tulisan :
Beruang Biru
BB500, Jumaat
14 Julai 2017

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlsTtl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.