Gabenor Lowe Mahu Capai Sasaran Inflasi Dan Pertumbuhan Ekonomi Kukuh
Reserve Bank of Australia (RBA) melihat kenaikan positif dalam pasaran pekerjaan walaupun kenaikan kadar gaji masih terhad dengan hutang isirumah masih di paras tinggi memerlukan bank pusat kekal dengan kadar polisi rendah lebih lama, kata Gabenor Philip Lowe pada Rabu.
Petunjuk ekonomi yang lain secara umumnya semakin positif di mana keadaan perniagaan domestik melonjak pada suku kedua ke pars tertinggi sejak awal 2008. Peningkatan kadar gaji di paras 1.9%, walaubagaimanapun semakin perlahan sejak akhir-akhir ini.
Pergerakan perlahan kenaikan kadar gaji memberi tekanan kepada inflasi yang masih lagi berada di bawah sasaran bank pusat (2%-3%). Data yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan harga pengguna yang lemah pada suku kedua dengan kadar inflasi ketika ini di paras 1.8%.
“Kita tidak melihat kenaikan yang memberangsangkan pada kadar inflasi,” kata Lowe di Sydney.
“Keadaan yang menunjukkan pasaran pekerjaan mencipta banyak pekerjaan mengekalkan pengangguran di paras stabil dan membenarkan kita terus bersabar.”
“Sejak akhir-akhir ini, anda mungkin menyedari bahawa kami memberi perhatian kepada risiko dalam penyata imbangan isirumah (hutang). Hutang isirumah adalah tinggi dan meningkat dengan pantas melebihi peningkatan dalam pendapatan,” tambah Lowe.
“Kami mahu capai sasaran inflasi dalam lingkungan 2 hingga 3 peratus dari masa ke semasa. Kami mahu capai sasaran ini di samping menyokong pengukuhan pertumbuhan ekonomi.”
The post Gabenor Lowe Mahu Capai Sasaran Inflasi Dan Pertumbuhan Ekonomi Kukuh appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v71UXK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment