Isu Terpegang Dada : Daler Dah Minta Maaf, Tak Sengaja – Nelydia
Aktres sensasi Nelydia Senrose berharap isu pelakon Daler Yusuf terpegang bahagian dadanya terbabit tidak perlu untuk diperkatakan mahupun dipanjangkan lagi.
Memetik laporan BH online, Nelydia berkata, aktor itu sudah pun meminta maaf kepadanya dan kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja.
“Ketika kejadian, itulah pengalaman kali pertama saya menunggang motosikal. Saat itu, pelbagai perkara berlegar dalam minda saya, termasuk keselamatan dan nyawa sendiri. Jadi, ia membuatkan saya tidak sedar apa yang berlaku.
“Dalam keadaan yang sangat berjaga-jaga, saya hilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana menyedari ada bonggol di hadapan. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlakunya insiden yang diperkatakan itu,” katanya.
Insiden itu berlaku ketika Daler sedang membonceng motosikal yang ditunggang Nelydia, bagi menjayakan sebahagian babak dalam drama ‘Encik Suami Mat Salih Celup’.
“Dia memang ada menghubungi saya untuk memohon maaf. Tetapi, saya tidak ambil pusing pun akan perkara itu.
“Ia hanyalah salah faham dan berlaku di luar kawalan diri. Saya sendiri tidak tahu sama ada sentuhan benar-benar berlaku atau hanya kerana sudut pandang video membuatkan ia kelihatan seperti itu,” katanya.
Sebelum itu, Daler, yang mengakui kesilapan dilakukan tanpa sengaja berkenaan, sudah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung dengan perkara terbabit.
“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video terbabit,” kata Daler.
The post Isu Terpegang Dada : Daler Dah Minta Maaf, Tak Sengaja – Nelydia appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSL4rZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment