Hi! Welcome Back and Stay Tune! JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim gunung di negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Bomba Bantuan khusus untuk aktiviti mencari dan menyelamat di Gunung Baling dan Gunung Pulai.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata ia adalah sebagai persediaan untuk pasukan itu menghadapi sebarang kecemasan dan bertindak dengan lebih cepat memandangkan dua gunung tersebut kini menjadi tumpuan para pendaki gunung selain sudah terjadi beberapa kes seperti sesat, kebakaran dan terjatuh ketika mendaki gunung.

Beliau berkata setakat ini seramai 41 malim gunung telah diberi latihan asas menerusi Search and Rescue Kedah (SARKED) dan penyertaan dalam pasukan Bomba Bantuan akan meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka di gunung tersebut.

“Penyertaan mereka dalam pasukan ini juga membolehkan mereka dibayar elaun serta mereka mendapat latihan profesional memandangkan mereka sangat berkemahiran tentang selok belok di gunung tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah di Balai Bomba Jalan Tun Razak, di sini hari  ini.

Setakat tahun ini,  JBPM Kedah berjaya mengendaikan tiga kes orang hilang hasil kerjasama dan bantuan malim gunung.

​​​​​​​​​​​​​​Dalam pada itu, Abdul Razak berkata pihaknya akan memperbanyakkan program Bomba Komuniti secara berperingkat memandangkan ketiadaan pengambilan baharu bagi perjawatan bomba sepenuh masa tahun ini.

Ini, katanya, melibatkan pengambilan seramai 168 orang bagi mengisi kekosongan di tujuh balai Bomba dan Penyelamat yang sedang dibina dan akan siap menjelang tahun 2018 di negeri ini.

Program Bomba Komuniti bertujuan untuk memperluaskan kesedaran awam mengenai kepentingan pencegahan kebakaran dan tindakan awal sekiranya berada dalam kecemasan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sW84VS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.