Jenaka ‘Fattah Amin ganti Chester’, peminat Linkin Park bengang
BERITA kematian vokalis kumpulan rock, Linkin Park, Chester Bennington, antara berita besar yang menjadi tumpuan ramai hari ini.
Masakan tidak, mendiang merupakan idola ramai anak muda, khususnya mereka yang melewati usia remaja sekitar awal milenium.
Di sebalik ratapan kesedihan peminat tegar kumpulan gergasi itu, ada yang tidak dapat membendung rasa marah apabila kematian Chester dijadikan meme dan jenaka oleh segelintir pihak.
Bermula dengan komen-komen berunsur jenaka oleh pengguna laman sosial, ia kemudiannya dimuat naik sebagai status oleh sebuah akaun laman sosial trollpopular, yang meletakkan gambar pelakon Fattah Amin menggantikan Chester.
Statusnya pula adalah seperti berikut.
Ia mendapat reaksi berbeza daripada netizen, namun bagi peminat Linkin Park, ia dilihat sangat tidak sensitif kerana membabitkan perihal kematian seorang yang dianggap legenda muzik.
Namun dalam masa yang sama, ramai juga meminta agar golongan peminat itu mengawal rasa sensitif, kerana laman sosial berkenaan sememangnya terkenal dengan jenaka berbentuk troll.
Chester, 41, ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles pada pagi Khamis waktu tempatan dan pihak berkuasa menklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri.
Sumber: Astro Awani
Sumber Jenaka ‘Fattah Amin ganti Chester’, peminat Linkin Park bengang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vKasQC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment