Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes pembunuhan anggota polis dan kekasihnya penuh misteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes pembunuhan anggota polis dan kekasihnya penuh misteri

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kes penemuan mayat seorang anggota polis Bukit Aman dan wanita Vietnam dipercayai kekasihnya di sebuah rumah dekat Taman Cantik, Cheras, di sini, pagi tadi.

 

 

Kes pembunuhan anggota polis dan kekasihnya penuh misteri

Kes pembunuhan anggota polis dan kekasihnya penuh misteri

 

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, anggota berusia 25 tahun berkenaan dan wanita dipercayai warga asing lingkungan 20-an ditemui terbaring dalam sebuah bilik dengan kesan tembakan.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila seorang mangsa menembak mati salah seorang dari mereka sebelum membunuh diri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, anggota yang membuat siasatan di lokasi menemui kesan tembakan masing-masing di kepala dan badan mangsa.

Katanya, turut ditemui sepucuk pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada mayat berkenaan.

“Setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan siapa yang menembak siapa.

“Kita belum dapat mengesahkan sama ada wanita itu warga asing atau hubungannya dengan anggota berkenaan kerana siasatan masih berjalan,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

Sumber; Bharian



Sumber Kes pembunuhan anggota polis dan kekasihnya penuh misteri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vt8apD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.