Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagu Despacito Dihentikan Serta-Merta Di RTM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagu Despacito Dihentikan Serta-Merta Di RTM

Sejak tularnya lagu Despacito di negara kita ini, hampir setiap hari kita boleh mendengar lagu ini di corong-corong radio.

Namun maksud di setiap bait liriknya tidak kita tahu kerana bahasa yang digunakan bukanlah bahasa yang difahami oleh kita.

Terbaru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memberhentikan siaran lagu yang kian popular itu secara serta-merta di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu telah dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

The post Lagu Despacito Dihentikan Serta-Merta Di RTM appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvTeqB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.