“Tak tahu nak kata apa, dia punya balas dendam sangat dahsyat” – Menteri terkejut budak 13 tahun racun pembuli
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengakui terkejut dan tidak menjangka kejadian seorang pelajar tingkatan satu diracun rakan sekelasnya di Sarawak, semalam.
Lantaran itu, beliau meminta masyarakat perlu bersedia menghadapi perkara yang tidak pernah dijangka dalam situasi dunia serba baharu kini.
Baca artikel sebelum: Budak tingkatan 1 racun rakan sekelas, masukkan racun lipan dalam makanan
“Saya tak tahu nak kata apa, dia punya balas dendam sangat dahsyat dan kita pun mungkin berfikir tidak apa budak-budak tak akan sampai tahap macam itu.
“Tetapi, hari ini (budak-budak) punya mentaliti sudah lain. Jadi, kementerian kena berusaha lebih lagi terutamanya di peringkat sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian, Datuk Dr. Baharom Mohamed; Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber “Tak tahu nak kata apa, dia punya balas dendam sangat dahsyat” – Menteri terkejut budak 13 tahun racun pembuli
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQoL4H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment