Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk penutupan Masjid Al Aqsa oleh pihak berkuasa Israel pada 14 Julai 2017.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar menyatakan tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan undang-undang dan kebebasan bagi umat Islam.

"Tindakan provokatif itu disifatkan sebagai pencabulan yang dibuat secara terang terhadap kesucian tempat beribadah bagi umat Islam, selain merampas hak umat Islam untuk beribadah.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana hak untuk beribadat mengikut kepercayaan masing-masing dijamin oleh undang-undang antarabangsa," katanya.

Malaysia menggesa agar Israel segera membuka kembali Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam bagi mengerjakan ibadat dan agar tidak menganggu status masjid berkenaan sebagai rumah suci bagi orang Islam.

Bagaimanapun, portal AlJazeera melaporkan hari ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata masjid itu akan dibuka semula pada Ahad.

Penutupan yang dilakukan buat pertama kali pada Jumaat itu telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Israel-Palestin.

Pejabat Netanyahu berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, para pengunjung, umat Islam dan pelancong akan dibenarkan memasuki kawasan itu  "secara beransur-ansur".

Kawasan yang sensitif itu ditutup selepas tiga warga Arab Israel menembak mati dua pegawai polis Israel di kawasan itu sebelum melarikan diri ke kawasan masjid di mana mereka telah dibunuh oleh polis.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfiAvs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.