Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program Qurban IRM di 28 Negara Dilanda Krisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program Qurban IRM di 28 Negara Dilanda Krisis

ISLAMIC Relif Malaysia (IRM) melancarkan kempen Qurban Anda Harapan Mereka di 28 negara. Projek amal ini bagi membolehkan rakyat mengadakan ibadah korban di negara yang dilanda krisis peperangan, ancaman kemiskinan dan umat yang sedang dilanda bencana kebuluran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekurif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, kempen ini satu program ummah yang terbesar menjelang Hari Raya Korban pada 1 September ini.

“Umat Islam di Iraq, Palestin, Albania, Bosnia, Lebanon dan Syria antara penerima manfaat bagi kempen ini,” katanya.

Selain itu, pelarian Palestin dan Syria yang berlindung di Jordan turut disenaraikan dalam pakej penerima manfaat program ini.

Program Qurban Anda Harapan Mereka turut diadakan di Afghanistan, Chechnya, Filipina, Pakistan, Sudan dan Sudan Selatan.

“Jumlah sumbangan korban berbeza mengikut negara yang disenaraikan berdasarkan kos semasa di wilayah terbabit,” kata Zairulshahfuddin.

Kos sumbangan bermula serendah RM390 di Malawi hinggalah ke RM2,000 di Iraq dan Palestin.

“Marilah kita bantu kerana sasaran penerima daging qurban kali ini ialah mangsa kebuluran, mangsa perang, pelarian dan umat Islam di negara miskin,” katanya.

Bagi umat Islam yang berhajat boleh melayari laman http://ift.tt/2v6cFpX. Atau hubungi talian 03-8926 3434.

Anda juga boleh mengunjungi Facebook IslamicReliefMalaysia atau Whatapps 018 637 9788.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxlQCy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.