Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Siang patut jadi 'Mursyidul Am' Pakatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Siang patut jadi 'Mursyidul Am' Pakatan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya menjadi 'Mursyidul Am' Pakatan Harapan berikutan pakatan berkenaan sehingga kini masih belum meletakkan jawatan untuk beliau.

Dalam pakatan terbabit kini, mereka mempunyai tiga orang pemimpin yang menerajui Pakatan Harapan iaitu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden gabungan berkenaan.

Menurut Mohd Puad, disebabkan perebutan ketiga-tiga pemimpin berkenaan untuk menjawat jawatan tertinggi Pakatan Harapan, maka tiadalah tempat untuk Kit Siang dan dicadangkan pakatan terbabit dapat mewujudkan jawatan 'baharu' iaitu 'Mursyidul Am Pakatan Harapan '.

Katanya, begitu juga dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini hanya menjadi 'boneka' Mahathir yang tidak tahu peranan sebenar beliau dalam Bersatu dan juga Pakatan Harapan ini sendiri.

"Penubuhan Pakatan Harapan ini sebenarnya adalah jalan singkat mereka bagi menghadapi RRU yang akan datang ini dengan mengaburi mata rakyat untuk kemenangan mereka dalam PRU terbabit.

"Saya yakin rakyat kini dapat menilai mana satu pimpinan yang terbaik untuk mereka, bagi Pakatan Harapan ini jangankan untuk memimpin negara, siapa yang menjadi PM (Perdana Menteri) pun masih belum diputuskan," katanya semasa Majlis Mesra Aidilfitri, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di The Katerina Hotel Batu Pahat.

Tambah Mohd Puad lagi, rakyat kini juga sudah mula nampak kegagalan Pakatan Harapan, dan dapat berfikir yang pakatan terbabit sering melakukan pembohongan, termasuklah 'pembohongan awal' sebelum PRU berlangsung.

Katanya, antara yang diungkapkan mereka ialah untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya, selain ia juga boleh dikatakan sebagai 'pembohongan di siang hari'

"Dengan GST inilah kita (kerajaan) gunakan untuk membayar gaji penjawat awam memandangkan harga minyak global sekarang ini tidak menentu untuk kegunaan negara

"Bagi GST ini kerajaan India baru-baru ini turut memperkenalkannya dengan kadar yang lebih tinggi daripada kita dan dalam masa yang sama kerajaan Arab Saudi juga bakal memperkenalkannya dalam masa yang terdekat ini," katanya. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXlZOs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.