Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan berpecah kerana politik - Othman Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan berpecah kerana politik - Othman Aziz

JERLUN: Rakyat khususnya pengundi di Parlimen Jerlun diingatkan supaya tidak berpecah dan merosakkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama hanya kerana hanyut dalam keghairahan berpolitik, lebih-lebih lagi dengan adanya parti baharu.

Anggota Parlimen Jerlun merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz berkata walaupun negara mengamalkan demokrasi dengan adanya kebebasan menyokong mana-mana parti, namun rakyat tidak harus leka dengan janji-janji manis parti pembangkang sehingga tersilap membuat keputusan.

"Saya yakin rakyat faham bahawa UMNO sentiasa berdampingan dengan mereka dan mendengar masalah," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilifitri Anggota Parlimen Jerlun dan UMNO Bahagian Jerlun di Pekan Sehari Ayer Hitam di sini, hari ini.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kehadiran lebih 15,000 penduduk pada majlis itu merupakan manifestasi bahawa rakyat Jerlun sentiasa mengutamakan kesatuan dan kebersamaan walaupun berbilang-bilang kaum.

"Saya amat berbangga apabila kita melihat hak kebersamaan 'Jerlun untuk Jerlun' dapat diterjemahkan tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan latar belakang politik," katanya.

- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unVyCp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.