Hi! Welcome Back and Stay Tune! Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

 Sekarang lelaki boleh memilih saiz kondom yang serasi dengan saiz alat kelamin mereka daripada pembekal terbesar di dunia.

Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

Karex, syarikat Malaysia, menyediakan perisian di internet yang menentukan saiz kondom sesuai dengan kelelakian masing-masing, lapor The Irish Times.

“Kelelakian ada bermacam bentuk dan saiz dan kini melalui kami dalam talian mereka boleh membeli kondom macam wanita membeli coli,” kata ketua pegawai eksekutifnya MK Goh.

“Mereka boleh muat turun perisian yang mengukur panjang dan ukur lilit kemaluan untuk menentukan saiz dan kemudian memesan kondom daripada kami.”

Melalui kemudahan dalam talian, tambahnya, lelaki lebih senang berterus terang tentang saiz alat sulit mereka berbanding di kedai.

“Kami ada 66 saiz kondom yang dibuat khas tetapi tiada peruncit yang berminat menjual semuanya, jadi kami terpaksa menjual atas talian,” kata Goh lagi.

Akhbar itu melaporkan Karex merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara.

Karex dilaporkan menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk ini.

Syarikat ini merancang mengeluarkan tujuh bilion kondom menjelang hujung tahun. Ia mengilang tiga bilion setahun sebelum disenarai di bursa saham pada 2013.

Sumber: Malay Mail



Sumber Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfFeEf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.