Hi! Welcome Back and Stay Tune! 19 Kes Terbaru Rabies Di Serian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

19 Kes Terbaru Rabies Di Serian

KUCHING - Sembilan belas kes terbaru gigitan anjing dan kucing dilaporkan berlaku hari ini menjadikan sebanyak 26 kes gigitan dikesan dari 2 hingga 16 Julai ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata ini menjadikan kes kumulatif gigitan anjing sejak 1 April hingga ke hari ini adalah sebanyak 332.

Selain itu, seramai 235 orang telah datang untuk mendapatkan vaksin bagi haiwan peliharaan mereka, kata sekretariat itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut sekretariat itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah memvaksinkan 5,850 ekor haiwan peliharaan terdiri daripada 1,626 ekor anjing, 2,810 kucing dan 23 haiwan lain sehingga hari ini.

Semalam, sebanyak 516 ekor anjing dan 1,019 ekor kucing daripada 263 pemilik haiwan diberi vaksin di sekitar bandar Serian dan proses itu diteruskan lagi mulai 10 pagi hingga 4 petang di lokasi sama hari ini.

JPVS juga mengadakan 68 kempen kesedaran mengenai wabak rabies di kawasan terlibat yang dihadiri 4,862 penduduk kampung dan pelajar sekolah.

“JPVS akan meneruskan aktiviti penyiasatan kes-kes yang dilapor berkaitan wabak Rabies di sekitar bahagian Serian,” kata sekretariat itu.

Mereka yang digigit anjing dalam kawasan terbabit juga diminta tampil segera bagi menjalani pemeriksaan dan vaksin di klinik dan hospital terdekat.

Pada masa ini, vaksin hanya diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing yang berlaku di kawasan wabak yang memenuhi kriteria klinikal.

Sehingga kini wabak rabies di Bahagian Serian telah mengorbankan tiga kanak-kanak. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2us0Lc6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.