Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

Syarikat pengeluar roti berjenama Gardenia dilaporkan telah menaikkan harga roti antara 5 hingga 15 sen baru-baru ini, manakala roti jenama Top turut menaikkan harga keluarannya.

"Sila jelaskan kenapa harga roti naik?" - Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

“Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

Kenaikan harga baharu ini sudah pasti mengejutkan pelbagai pihak terutamanya pengguna kerana harga barangan asas seperti tepung dan gula tidak dinaikkan dalam masa terdekat.

Pengguna sudah pasti ingin tahu, apakah punca kenaikan harga roti ini secara tiba-tiba?

Bukankah dengan kenaikan ini turut akan menjadi satu alasan peniaga makanan untuk menaikkan harga makanan seperti roti bakar dan sebagainya.

Saya menuntut pihak pengurusan syarikat roti untuk memberikan penjelasan kepada umum mengenai tindakan syarikat pengeluar roti terbabit.

Sudah pasti rakyat bawahan yang akan menjadi mangsa utama merasai kepedihannya.

Selain mee segera, roti juga merupakan makanan popular di kalangan pelajar dan orang bujang. Jika harga roti pun sudah dinaikkan, selepas ini makanan apa pula yang akan dinaikkan?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, pegawai penguatkuasa dan pemantau di kementeriannya harus mengawasi harga makanan di seluruh negara dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat mana-mana pihak didapati menaikkan harga sesuka hati.

Kini dilihat para pemimpin kerajaan Umno BN sedang cuba untuk melembutkan hati rakyat yang semakin resah dengan fenomena yang semakin menekan hidup rakyat namun gagal.

Skandal-skandal besar yang melanda negara seperti 1MDB adalah lebih mudah difahami rakyat bahawa negara kini sedang mengalami ekonomi yang teruk.

* Sandrea Ng seorang naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Via: Malay Mail



Sumber “Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYouyd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.