Tiada alasan tidak tuntut kad pengenalan – JPN
JITRA - Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah siap dikeluarkan memandangkan terdapat 231 pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara ketika ini, kata Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd. Yazid Ramli.
Malah kata beliau, jumlah itu juga dijangka akan bertambah dengan pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang baharu berikutan jabatan itu merupakan satu daripada agensi yang diwajibkan untuk berada di setiap pusat transformasi.
"Sekiranya mereka uzur atau tidak mampu untuk mengutip kad pengenalan di pejabat JPN daerah, kami ada menyediakan perkhidmatan bergerak sama ada ke rumah atau ke hospital, hanya perlu maklumkan kepada JPN.
"Malah kalau tidak sempat berurusan pada waktu siang, pejabat JPN di UTC ada beroperasi sehingga pukul 10 malam," katanya selepas melancarkan Hab Percetakan Teragih (DPP) MyKad negeri Kedah di sini hari ini.
Sebanyak 159,000 kad pengenalan direkodkan oleh JPN masih belum dituntut oleh pemiliknya hingga ada yang melebihi tempoh dua tahun. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwE9Id
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment