Kerana Kerap Makan Budi, Akhirnya Tergadai Tubuh Badan.
Menjadi orang ketiga sememangnya perkara yang harus dielakkan tetapi kalau dah memang jodoh nak buat macam manakan.
Tapi ada juga yang dah tahu bahawa dia itu menjadi orang ketiga tapi masih juga nak merosakkan hubungan rumah tangga orang lain, kalau dah macam itu memang berhati busuk.
Seperti kisah yang saya baca telah di kongsikan oleh seorang wanita yang hanya mahu di kenali sebagai Emma 25 tahun berkata bahawa pada mula perkenalannya dengan seorang lelaki bernama Omar yang 15 tahun lebih tua darinya dia tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah pun berkahwin.
Pada mulanya dia hanyalah menganggap Omar sebagai abang tetapi disebabkan Omar ini sering membantunya ketika dalam kesusahan dia merasakan begitu terhutang budi dengannya sehinggakan dia sanggup menyerahkan dirinya.
Kerana termakan budi dia telah dua kali terlanjur dengan Omar, namun ketika itu dia masih tidak mengetahui bahawa Omar telah pun mempunyai isteri kerana Omar sering meluangkan masa dengannya.
Dalam masa yang sama Emma telah berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya sehinggalah dia bercinta dengan lelaki itu, kerana dia rasakan dalam dirinya dia betul-betul menyanyangi teman lelaki barunya itu.
Teman lelakinya itu pun tidak mengetahui bahawa dalam masa yang sama juga dia terpaksa bersama dengan Omar disebabkan hutang budi.
Emma telah menjalinkan hubungan dengan kedua-duanya secara serentak sehinga berlanjutan ke duatahun, tetapi pada suatu hari dia telah mengetahui bahawa Omar telah pun mempunyai isteri serta tiga orang anak.
Disebabkan tidak mahu menjadi pemusnah rumah tangga kaumnya sendiri maka dia membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain bersama teman lelakinya itu.
Omar ditinggalkan olehnya tanpa sebarang khabar sehinggalah pada suatu hari dia ditimpa musibah bersama teman lelakinya itu, dengan keadaan kewangan yang teruk ditambah pula dengan masalah teman lelakinya itu ditangkap atas kesalahan memasukkan benda terlarang kedalam tubuh badan (dadah), manakala dia juga turut ditahan atas kesalahan bersubahat walaupun dia tidak mengambil benda haram tersebut.
Tekanan demi tekanan membuatkan dia kembali menghubungi Omar bagi meminta bantuan, Omar yang mengetahui akan keadaan dia langsung datang menghulurkan bantuan.
Akhirnya Omar telah membawa dia pergi dari tempat itu, Omar jugalah yang telah mencarikan rumah sewa untuknya.
Omar berjanji bahawa dia akan mengahwini Emma, tetapi Emma telah memberikan syarat bahawa jika Omar mahukannya maka dia harus melepaskan isterinya itu kerana keluarganya pasti tidak akan merestui hubungan mereka jika mengetahui bahawa dia telah pun beristeri.
Namun begitu, walaupun Omar turut menyayangi Emma tetapi dia juga tidak mahu melepaskan isterinya itu atas dasar anak-anaknya perlukan keluarga yang sempurna untuk membesar.
Jika dilihat dari mata kasar sememangnya Omar itu lebih dari mampu untuk beristeri dua tetapi Emma juga tidak sanggup untuk berkongsi kasih dengan orang lain.
Walaupun orang tua-tua dulu selalu berkata jika kita ambil hak orang lain maka kita seharusnya bersikap lebih sabar serta harus selalu bertolak ansur, namun biarlah orang nak cakap apa tetapi Emma tetap dengan pendiriannya supaya Omar menceraikan isterinya itu jika mahukannya.
Aku sendiri pun tak faham kenapalah Emma ini sanggup untuk merampas kasih sayang seorang ayah kepada tiga orang anak tersebut, dia pun wanita jadi tak akanlah dia tidak memahami hati wanita sepertinya.
Tergamak dia menjadi perampas, dahlah jadi perampas lepas itu taknak kongsi pula itu, sangat melampau dia itu.Hukum karma ini ada, jangan sampai balik kepada dirinya balik nanti dahlah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfCvKR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment