Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cerai Kali Ketiga, Bekas Isteri Dedah Perangai Faizal AF4 Yang Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cerai Kali Ketiga, Bekas Isteri Dedah Perangai Faizal AF4 Yang Sebenar

Selepas Faizal AF4 membuat kenyataan dirinya sudah bercerai dengan isteri pada Disember lalu, ramai yang memberi respon termasuklah bekas isteri Faizal sendiri, Sahidatul Najiha Ibrahim.

Menerusi laman sosial milik Sahidatul atau mesra disapa Sha, 21, berkata dia berkongsi artikel yang dikeluarkan oleh portal INSTA ONLINE berserta kapsyen seolah-olah sikap juara Akademi Fantasi musim ke-4 adalah punca perpisahan mereka.

“Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui. Tidak ada pihak ketiga yang menyebabkan perpisahan kami.

“Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri,” jelas Sha.

Cerai Kali Ketiga, Bekas Isteri Dedah Perangai Faizal AF4 Yang Sebenar

Wanita yang juga merupakan seorang usahawan ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi kerana kes perceraian mereka masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.

“Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut.

“Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

“Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini.

“Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah.

“Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya.

Bekas Isteri Bengang Dedah Perangai Sebenar Faizal AF4

Ibu kepada seorang anak ini juga berharap isu perceraian meraka tidak lagi menjadi bahan bualan di masa akan datang.

“Apa yang sudah terjadi biarlah berlalu. Saya harap Faizal juga dapat move-one. Kami masih berhubung berkaitan nafkah anak dan dia juga sering meminta gambar terbaharu anak kami.

“Buat masa sekarang memang saya serik untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Jika ada jodoh saya selepas ini biarlah saya kenal dahulu hati budi lelaki tersebut,” ujar Sha.

Sha dan Faizal berkahwin pada November 2015 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia 11 bulan. Faizal melafazkan cerai terhadap Sha di luar mahkamah pada Disember 2016.


Sumber Cerai Kali Ketiga, Bekas Isteri Dedah Perangai Faizal AF4 Yang Sebenar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXw2Tx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.