Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larian Obor Sukan SEA Tiba Di Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larian Obor Sukan SEA Tiba Di Terengganu

BESUT – Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan kini tiba di Terengganu dengan disambut meriah bersama iringan kereta kuda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima obor acara itu daripada Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan Datuk  Zawawi Othman di pintu gerbang sempadan Kuala Besut, Kampung Panchakan, Pasir Puteh kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Ahmad Razif sempat berlari membawa obor berkenaan sejauh 50 meter sebelum dibawa menaiki kereta kuda dan disambut 2,000 orang di Dataran Muara Kuala Besut.

“Terengganu akan membawa (obor) ke semua lapan daerahnya hingga ke destinasi terakhir iaitu Kemaman pada 24 Julai ini.

Seramai 71 atlet Terengganu yang mewakili negara juga akan turut sama menyertai acara ini. Keunikan gimik ini nanti adalah obor ini akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian esok,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Ahmad Razif berkata temasya Sukan SEA mampu memupuk semangat solidariti dan cintakan tanah air yang tidak berbelah bahagi.

“Kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi, dengan apa yang telah kita sediakan ‘molek doh’ (telah elok). Moga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi Juara Sukan SEA 2017,” katanya.

Selain itu dalam sidang media, beliau berkata kerajaan negeri bersedia memberi imbuhan kepada atlet daripada negeri Terengganu yang berjaya meraih pingat.

Bagaimanapun bentuk ganjaran akan ditentukan kemudian berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri mengikut kategori tertentu.

Mengenai acara perlumbaan kuda lasak endurance di Terengganu International Park, Lembah Bidong, Setiu, Ahmad Razif berkata segala persiapan telah dibuat termasuk penyediaan latihan kepada sukarelawan dan beliau berharap acara itu dapat berlangsung seperti yang dirancang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan turut mewakili kontinjen negara bagi acara endurance dalam sukan ekuestrian.

Esok larian obor akan bermula di Jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Pulau Perhentian, Setiu manakala pada 18 Julai ke Bandar Permaisuri dan seterusnya ke Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kerteh dan terakhir di Kemaman pada 24 Julai. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYI5OE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.