Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancong Takut Disebat Di Kelantan? Lawat Negeri Lain - Nazri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancong Takut Disebat Di Kelantan? Lawat Negeri Lain - Nazri





Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Malaysia.


Menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  berkata Kelantan pada masa ini bukan tergolong dalam negeri-negeri yang kerap dilawati oleh pelancong di negara ini.


Malah jelasnya pindaan itu yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai hanya melibatkan orang Islam sahaja.


“Kalau pelancong takut ke Kelantan, mereka boleh melawat ke tempat lain, banyak lagi tempat menarik boleh dilawati seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Nasional Malaysia Rumah Keduaku, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.


Pindaan itu dicadangkan pengerusi jawatankuasa pembangunan islam, dakwah, penerangan dan hubungan seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud antara lain membabitkan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan zina, silap menuduh zina, liwat dan meminum minuman keras dalam kalangan umat Islam. — Bernama

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tPdpRH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.